|

Teknologi
e=mc2=hf membuktikan setiap jisim
mempunyai kembarannya dalam bentuk gelombang
yang mempunyai hubung kait antara satu sama
lain. Keupayaan tenaga gelombang bertindak balas
terhadap sesuatu tenaga gelombang yang lain
serta memberi kesan terhadap kembarannya,
merupakan asas yang diguna pakai di dalam
perawatan dan perubatan secara elektronik.
Penggunaan
teknologi ini telah terbukti keberkesanannya
serta selamat berbanding kaedah berasaskan jisim
yang mempunyai kemampuan yang terhad disamping
menimbulkan kesan sampingan dari penggunaan
jisim tersebut. Oleh yang demikian marilah kita
kembali kepada asas teknologi yang bertepatan
dengan fitrah kejadian manusia.

ASAS KAJIAN TEKNOLOGI PERUBATAN ELEKTRONIK
(TEKNOLOGI HF)
Perubatan
Elektronik merupakan hasil kajian yang
dijalankan dengan menggabungkan asas teknologi
perubatan homeopathy dan sains fizik serta
fitrah sesuatu kejadian. Gabungan ini telah
berjaya menghasilkan konsep perawatan secara
total yang mengambil kira faktor fizikal,
spiritual, mental dan emosi. Konsep rawatan yang
berasaskan penggunaan tenaga dan tidak
menggunakan jisim sebagai perantara kepada
sesuatu tenaga bukan sahaja dapat bertindak
secara lebih berkesan malah ianya juga tidak
menimbulkan sebarang kesan sampingan.
TENAGA & 'TENAGA HAYAT'
Kajian secara
biologi dan kimia menunjukkan semua kejadian
mempunyai tenaganya yang tersendiri yang menjadi
asas kepada sesuatu kejadian. Semua kehidupan
memerlukan tenaga untuk proses tumbesaran dan
penggantian tenaga. Penggunaan jisim di dalam
pengambilan tenaga merupakan sebahagian dari
proses metabolisme dasar di mana jisim tersebut
akan diuraikan menjadi tenaga untuk dibekalkan
ke sel-sel. Proses ini menjelaskan bahawa jisim
merupakan perantara di dalam membekalkan tenaga
yang diperlukan oleh tubuh badan.
Kajian juga
menunjukkan bahawa asas kejadian asal manusia
juga dijadikan dari dua unsur, iaitu unsur tanah
(jisim) yang dijadikan jasad dan unsur roh (gelombang)
yang menghidupkan jasad tersebut. Proses
kematian sesuatu makhluk juga dijelaskan apabila
berlakunya perpisahan di antara roh (gelombang)
dan jasad (jisim). Keadaan ini menunjukkan
perhubungan yang rapat di antara kedua-dua unsur
tersebut.

Teori Rrelativiti
Albert Einstein "E=mc2" yang menjadi asas
teknologi sehinggan kini menjelaskan bahawa
tenaga hanya boleh terhasil dengan wujudnya mass
(m). Kenyataan ini tidak tepat memandangkan
tenaga juga boleh terhasil dari "microscopic
particle" (e=hf) seperti "photon".Kajian yang
dijalankan menggunakan sains fizik, matematik
dan kajian terhadap fitrah sesuatu kejadian
telah membuktikan setiap jisim mempunyai
kembarannya (duality) di dalam bentuk gelombang
(E=mc2=hf).
Kajian terhadap
teknologi perubatan homeopathy yang diasaskan
oleh Sir Samuel Hahnemann hasil kajian dari
kitab perubatan Ibnu Sina juga menjelaskan tubuh
manusia terdiri dari dua unsur iaitu tubuh kasar
dan tubuh halus. Kajian beliau juga menunjukkan
bahawa sebarang gangguan terhadap keseimbangan
tubuh halus akan menberi kesan terbadap tubuh
kasar.
Hasil dari kajian
ini telah membuktikan bahawa semua jisim
mempunyai kembarannya (duality) di dalam bentuk
gelombang dan kedua-dua unsur ini mempunyai
hubungan yang rapat di dantara satu sama lain.
Asas kajian ini juga membuktikan perawatan
secara total perlu melibatkan perawatan terhadap
kedua-dua unsur tersebut.
 |